Sunday

Insan insan ini

Assalamualaikum.

Entry kali ini sila baca dengan nada sayu. :) maaf ter-emo sedikit.


Hidup ini bukan lah selalunya indah.Kadangkala kita berada tinggi di atas dan kadangkala kita berada jauh di bawah.Andai kita di atas,jangan lah lupa untuk memandang ke bawah kerana mungkin satu masa nanti kita yang akan berada di situ.Bersyukur lah dengan apa yang Maha Esa telah beri.Tadah tangan dan ucapkan Alhamdulillah sudah memadai.

Ya Rabbi,
Aku bersyukur dengan orang sekeliling ku.aku bersyukur kau mengurniakan orang orang yang baik di sisiku.Indahnya hari hari yang aku lalui bersama mereka.Memang kadangkala ada tercetus sedikit pergaduhan antara kami,tetapi hubungan kami tetap teguh.ya teguh.Maaf lah jika diri ini selalu menyakiti hati tiap insan yang berdampingan denganku.Maaf lah jika aku senantiasa degil,tidak mahu mendengar nasihat.Maaf lah andai diri ini tidak memenuhi setiap permintaanmu.Aku bukan insan yang sempurna,ada juga cacat celanya.Aku hanya insan biasa yang ingin kehidupan luar biasa.

Perasaan yang ada dalam diri ini amat ingin membanggakan orang orang  di sekelilingku.Hati ini amat ingin orang orang itu selalu tersenyum,selalu tertawa,selalu bahagia.Niat di hati ini mahu diri ini menjadi kebanggaan setiap insan.Tetapi sifat malas,sikap sambilewa,tidak yakin dan takut dalam diri ini menjadi seribu satu penghalang untuk aku terus maju ke hadapan.

Ya Rahim,
Aku mohon rahmatilah insan insan ini.Berkatilah kehidupannya.Hiasilah saat saat hidupnya dengan senyuman kerana hati ini risau jika mereka dalam kedukaan.Amin

ini lah mereka.


Ayah.mak.along.abang iwan.akak.abang salim.
kak illa.abang aran.anis.nurien.sarah.sofiyah.syifa.dhia.tisya.qaleef
Aku sayang tiap tiap kamu sampai syurga.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.